COVID-19: 21 daerah di Sarawak sifar kes baharu

Spread the love

KUCHING, 27 April : Sebanyak 21 daerah di Sarawak mencatatkan sifar kes baharu COVID-19 pada hari ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, tiada kematian dan tiada kluster baharu dikesan.

Sementara itu, Sarawak merekodkan 104 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kepada 305,083 kes sejak negeri ini dilanda pandemik.

“Daripada jumlah kes baharu COVID-19 hari ini, sebanyak 43 kes adalah dalam kategori satu manakala 61 kes dalam kategori dua,” jelas JPBN.

Kuching kekal merekodkan jumlah kes baharu tertinggi, iaitu sebanyak 28 kes, diikuti Bintulu dengan 20 kes, dan Sibu dengan 13 kes. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.