IPD Kuching, PERKEP santuni anak yatim dan anak istimewa

Spread the love

KUCHING, 26 April: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) dan Cawangan Kebajikan IPD Kuching telah menyerahkan sumbangan kepada anak yatim dan anak istimewa warga IPD Kuching, semalam.

Lawatan yang disertai Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah dan Pengerusi PERKEP, Emmy Suin itu bertujuan untuk menyantuni di samping memberi kata-kata semangat kepada ahli keluarga penerima bantuan, selain memastikan aspek kebajikan warga IPD Kuching sentiasa terpelihara.

“Penyerahan sumbangan ini merupakan daripada Tabung Kebajikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman yang terdiri daripada tiga keluarga anak yatim dan enam keluarga penerima bantuan anak istimewa,” katanya dalam satu kenyataan.

Lawatan tersebut telah diadakan di rumah-rumah penerima dan juga di balai polis terpilih. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.