Kad debit Maybank, M2U dan MAE terima jumlah trafik ‘luar jangka’

Spread the love

KUCHING, 25 April 2022 : Bank terbesar Malaysia, Maybank menerusi web Maybank2u, aplikasi M2U, aplikasi MAE dan penggunaan kad pengeluaran wang automatik (ATM) mengalami gangguan dan perlahan mulai jam 9 pagi tadi.

Menerusi ciapan di laman twitter Maybank berkata gangguan tersebut adalah susulan daripada jumlah trafik tinggi yang belum pernah berlaku sebelum ini di seluruh platformnya.

‘Maybank ingin memohon maaf kepada pelanggan yang mengalami gangguan perkhidmatan di web Maybank2u, M2U, MAE dan penggunaan kad ATM hari ini.

“Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan dan memulihkan perkhidmatan sebaik mungkin. Kami jamin baki dan butiran akaun anda akan kekal utuh dan selamat dengan kami.

“Kami menghargai kesabaran pelanggan kami dan akan terus mengemaskini mereka secara berkala melalui media sosial rasmi Maybank dan platform M2U,” kata kenyataan itu.

Untuk bantuan dan maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +60378443696 (Luar Negara) atau mengikuti/berkomunikasi melalui platform media sosialnya.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.