COVID-19 : Kes jangkitan bawah 100 di Sarawak

Spread the love

KUCHING, 25 April : Sebanyak 57 jangkitan kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini berbanding 112 yang disahkan semalam.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, ini meningkatkan jumlah kes kumulatif kepada 304,877 kes sejak negeri ini dilanda pandemik.

Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan di Sarawak hari ini adalah sebanyak 57 kes (kumulatif 304,877 kes).

“Daripada jumlah kes baharu COVID-19 hari ini, sebanyak 23 kes dalam kategori satu manakala 34 kes dalam kategori dua,” jelas JPBN.

Sementara itu, tiada sebarang kluster baharu dan kes kematian direkodkan hari ini.

Ini menjadikan korban keseluruhan akibat COVID-19 di Sarawak hingga hari ini kekal seramai 1,727 orang.

Sebanyak 28 daerah di Sarawak mencatatkan sifar kes baharu COVID-19 hari ini.

Dalam pada itu, Kuching kekal merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 24 kes, diikuti Miri dengan sembilan kes. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.