Lelaki maut dihempap pokok ditebang

Spread the love

SERIAN, 24 April : Seorang lelaki maut selepas dihempap pokok dalam kejadian di Kampung Engkelumai, Jalan Serian-Balai Ringin, di sini semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.19 petang semalam berhubung kejadian itu daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian,

Jelas PGO, pasukan operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Christopher Tugoh membuat ‘size up’ setelah mendapati mangsa dikenali sebagai Abang Sudi dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tersangkut pada pokok yang ditebangnya.

“Bomba turut mendapatkan bantuan jengkaut milik penduduk kampung bagi mengalihkan batang kayu yang menghempap mangsa pada pokok sebelum berjaya menurunkan mangsa,”jelas PGO menerusi kenyataan media.

Mangsa tersangkut dan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.

Bagaimanapun, mangsa yang berusia 35 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

“Setelah berjaya diturunkan, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” jelas kenyataan itu.

Operasi tamat pada pukul 5.30 petang. -TVS

Pihak bomba menggunakan jengkaut orang kampung untuk mengalih batang kayu menghempap mangsa.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.