Abang Johari hadir majlis berbuka puasa bersama pemimpin GPS

Spread the love

KUCHING, 20 April : Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan dan ahli parti itu hari ini.

Seramai 300 orang barisan pemimpin dan ahli hadir pada majlis berkenaan yang berlangsung di Auditorium Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Antaranya Naib Pengerusi GPS, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Dato Sri Tiong King Sing dan pemimpin Parti Rakyat Sarawak (PRS), Dato Joseph Salang Gandum.

Majlis berbuka puasa bersama Abang Johari yang juga Premier Sarawak itu diadakan bagi mengeratkan hubungan sesama ahli GPS serta meneruskan keharmonian dan kestabilan politik yang dikecapi di Sarawak selama ini.

Sejurus berbuka puasa, Abang Johari kemudian menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Terawih. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.