JDT tundukkan Ulsan Hyundai 2-1, kemenangan kedua dalam ACL

Spread the love

Kredit gambar: Facebook JOHOR Southern Tigers

ISKANDAR PUTERI, 19 April : Johor Darul Ta’zim membuktian kehebatannya selepas menewaskan Ulsan Hyundai FC 2-1 dalam perlawanan Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, di sini semalam. 

Harimau Selatan bermula dengan agresif dan mengejutkan pasukan bimbingan Hong Myung Bo hanya selepas tiga minit permainan bermula menerusi rembatan kencang Fernando Forestieri dari luar kotak penalti  yang menewaskan penjaga gawang Jo Hyeonwoo.

Sumber: Facebook JOHOR Southern Tigers

Pasukan pelawat yang terpaksa bermain mengikut rentak JDT, gagal untuk mengatasi pertahanan JDT.

Pada babak kedua, Hong melakukan perubahan taktikal dengan menggantikan pemain tengah  Yun Illok dan pemain pertahanan Lee Myung Jae pada minit ke-46 dan percaturannya membuahkan hasil apabila pemain gantian Um Wonsang dan Seol Youngwoo berganding tenaga untuk mendapatkan gol penyamaan enam munit kemudian.

Um menyempurnakan hantaran daripada Seol Youngwoo.

Bergson Da Silva, yang melakukan hatrik pada perlawanan sebelum ini, sekali lagi muncul sebagai hero untuk JDT selepas beliau menyempurnakan hantaran Safawi Rasid pada mini ke-79. 

2022 AFC CHAMPIONS LEAGUEFull TimeULSAN HYUNDAI FC [1-2] JDT(Um Won-Sang 53')(Fernando Forestieri 3' / Bergson da Silva 80')#UHDvJDT#AFCChampionsLeague#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll

Posted by JOHOR Southern Tigers on Monday, 18 April 2022

Dengan kemenangan kedua ini, JDT kini mendahului Kumpulan I dengan enam mata, diikuti Kawasaki Frontale dengan empat mata selepas kelab dari Jepun itu membelasah Guangzhou FC dari China 8-0 dalam satu lagi perlawanan terdahulu di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos di sini hari ini.

Kawasaki Frontale memperoleh gol mereka menerusi Kei Chinen (minit ketujuh, minit ke-12) Shintaro Kurumaya (minit ke-16, minit ke-71), Yu Kobayashi (minit ke-22, minit ke-39), Ten Miyagi (minit ke-50) dan Chanathip Songkrasin (minit ke-68).

Perlawanan Kumpulan I seterusnya ialah pada 21 April dengan Ulsan Hyundai menentang Guangzhou FC di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos dan JDT bertemu Kawasaki Frontale di Stadium Sultan Ibrahim. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.