Siri amukan parang di rumah panjang Bekenu berakhir

Spread the love

MIRI, 17 April : Seorang lelaki warga emas yang disyaki sering mengancam mahu mencederakan isterinya menggunakan parang di sebuah rumah panjang di Bekenu dekat sini, berakhir apabila suspek ditahan semalam.

Suspek berusia 58 tahun itu ditahan kira-kira jam 5 petang di kediamannya susulan laporan polis dibuat isterinya.

Menurut sumber, suspek yang dipercayai mabuk bertindak agresif serta mengamuk dalam sebuah bilik di rumah panjang.

Difahamkan, kejadian itu bukan kali pertama berlaku kerana suspek kerap mengamuk sehingga menggangu ketenteraman penduduk di situ.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

“Polis turut merampas sebilah parang yang disyaki digunakan oleh suspek semasa kejadian,”katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.