PATI gagal ‘balik kampung’ bersama wang puluhan ribu dan barang kemas

Spread the love

KUCHING, 17 April : Cubaan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk ‘balik kampung’ semalam tidak kesampaian apabila kesemua mereka ditahan menerusi Op Benteng yang dilancarkan oleh Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia.

Turut diberkas lima lelaki tempatan yang dipercayai menjadi tekong untuk membawa PATI warga Indonesia itu untuk pulang ke negara asal menerusi jalan haram.

Menurut Sel Perhubungan Raya, Markas 1 Divisyen, kesemua mereka ditahan pada pukul 1.45 petang oleh anggota seksyen sedang melaksanakan rondaan.

“Anggota mengesan lima buah motosikal yang masing – masing membawa pembonceng dalam keadaan mencurigakan di kawasan Ladang Kelapa Sawit Rimbunan Hijau yang terletak kira – kira 735 meter dari sempadan Malaysia – Indonesia,” jelas markas itu menerusi kenyataan media.

Selepas ditahan, pemeriksaan lanjut mendapati mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah serta membawa barangan seperti 15 unit telefon bimbit, barang kemas dan wang tunai sebanyak RM27 839.

Lima PATI dabn lima tekong ditahan Markas 1 Divisyen dalam operasi semalam.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk lima buah motosikal itu mencecah RM61 141,”jelas Markas 1 Divisyen.

Kesemua barang rampasan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala salah seorang PATI didapati positif COVID-19.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.