10 Setiausaha Politik Premier Sarawak angkat sumpah

Spread the love

KUCHING, 14 April : Seramai 10 orang Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengangkat sumpah jawatan berkenaan di hadapan Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Lima daripada mereka yang mengangkat sumpah itu terdiri daripada wakil Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta masing – masing dua dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Seorang wakil dari Parti Demokratik Progresif (PDP) turut berbuat demikian pada majlis yang berlangsung di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.

Upacara didahului Maurice Joannes Giri, Sarkawi Suhaili, Dr. Richard Rapu, Alexander Asing Sadai, Edwin Banta, Beatrice Kedoh Tajang, Daniel Bujal, Soo Li Ching, Sayed Azmee Wan Junaidi dan Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jaya.

Terdahulu, seramai 16 orang Setiausaha Politik Premier Sarawak telah mengangkat sumpah pada 18 Februari lepas, diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzruddin Abdul Rahman yang juga merupakan antara muka baharu yang dilantik.

Pelantikan kesemua Setiausaha Politik dalam kalangan ahli komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu berkuat kuasa bermula 15 Februari lepas untuk tempoh dua tahun.

Yang turut hadir, Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi , Datuk Julaihi Narawi dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitarm Dr. Hazland Abang Hipni.

Untuk rekod, setakat ini, seramai 26 orang Setiausaha Politik Premier Sarawak telah mengangkat sumpah. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.