Remaja maut dihempap lif barang di Bintulu

Spread the love

KUCHING, 12 April : Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut akibat dihempap lif mengangkut barang di sebuah pasaraya di Jalan Tun Hussien Onn, Bintulu pada petang Isnin.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad, pihaknya telah menerima panggilan berhubung kejadian tersebut sekitar pukul 5.20 petang.

Seramai tujuh anggota bomba diketuai Pegawai Kanan Bomba II, Tuah Damit telah dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati mangsa telah dihempap lif barang.

“Mangsa yang dikenali sebagai Andrew Munding Kuling telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas diperiksa pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber: JBPM Bintulu

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.