Wanita ‘tauke’ loteri haram ditahan polis

Spread the love

JULAU, 8 April : Seorang wanita yang menjadikan kedai makan sebagai port untuk menjual loteri tanpa lesen di pekan ini ditahan polis kelmarin.

Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superitendan (DSP) Andam Sulin berkata, suspek rakyat tempatan berusia 51 tahun itu ditahan menerusi serbuan yang dilancarkan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkenaan pada pukul 10.15 pagi.

“Polis turut merampas dua unit telefon bimbit, satu unit mesin pencetak, sekeping kertas bercetak disyaki loteri awam tanpa lesen dan sejumlah wang tunai,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, suspek dan kesemua barang kes dibawa ke IPD Julau untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.