Sweden minat bekerjasama dengan Sarawak dalam pelbagai sektor

Spread the love

KUCHING, 8 April : Sweden mahu mengadakan perbincangan lebih mendalam berhubung kerjasama dengan Sarawak terutamanya untuk memantapkan lagi beberapa sektor tertentu.

Duta Besarnya ke Malaysia, Dr. Joachim Bergstom berkata, hasrat berkenaan mampu mencapai kata sepakat memandangkan Sarawak mempunyai potensi besar.

“Selain itu, ia juga dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia , Petra Jaya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Bergstom berkata, Sweden telah lama bekerjasama dengan Malaysia dalam bidang pengangkutan, infrastruktur, telekomunikasi, teknologi serta pengurusan tenaga.

“Jadi melihat kepada potensi yang baik ini, sudah tiba masanya untuk kami mendapatkan pandangan daripada Kerajaan Sarawak berhubung bidang baharu yang boleh dipelopori,”katanya.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.