COVID-19 : Kluster Jalan Batu Kaya di Lubok Antu tamat hari ini

Spread the love

KUCHING, 8 April : Kluster Jalan Batu Kaya di Lubok Antu yang mula dikesan pada 11 Mac lepas disahkan tamat sepenuhnya hari ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, perkembangan itu menyaksikan hanya terdapat empat kluster yang masih aktif di Sarawak ketika ini

“Sementara itu, jangkitan baharu kekal tiga angka iaitu sebanyak 385 kes sekaligus menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 301,883 kes sejak dilanda pandemik,”jelas JPBN menerusi kenyataan media hari ini.

Pada masa sama, pihak berkuasa berkenaan turut mengesahkan empat kematian baharu yang melibatkan tiga warga emas dan seorang pesakit neuron berumur 24 tahun.

Kuching kekal menjadi daerah dengan kes tertinggi iaitu sebanyak 107 jangkitan baharu manakala enam daerah iaitu Tebedu, Telang Usang ,Kanowit, Beluru, Song dan Bukit Mabong sifar kes baharu. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.