COVID-19 : Sarawak rekod lima kematian

Spread the love

KUCHING, 7 April : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengesahkan lima korban terbaharu di negeri ini akibat jangkitan COVID-19.

Menurut JPBN, empat daripada lima kematian melibatkan warga emas yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi dan paru-paru kronik.

“Empat mangsa meninggal di Hospital Umum Sarawak manakala seorang lagi di Hospital Bintulu,” jelas JPBN menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu, jangkitan baharu kekal tiga angka iaitu sebanyak 413 kes sekaligus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 301,498 kes sejak dilanda pandemik.

Perkembangan jangkitan juga menyaksikan Kuching kekal mencatatkan kes tertinggi sebanyak 131 kes dan diikuti Miri dengan 54 kes.

Sepuluh daerah antaranya Belaga, Telang Usang dan Tanjung Manis tidak mencatatkan sebarang kes. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.