Isteri tikam suami direman lima hari

Spread the love

KUCHING, 6 April : Wanita yang dipercayai menikam suaminya dalam kejadian di Kem Penrissen, malam kelmarin direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan (DSP) Sudirman Kram ketika dihubungi mengesahkan perkembangan itu.

Katanya, suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam Isnin lepas, suspek berusia 24 tahun itu dipercayai menggertak suaminya menggunakan pisau pemotong sayur ketika mereka bertengkar dan secara tidak sengaja tertikam paha suaminya yang merupakan anggota tentera darat itu.

Tikaman itu menyebabkan berlaku pendarahan serius dan mangsa yang berusia 28 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Baca >>>  Anggota tentera maut ditikam 

Baca >>>  Polis : Masalah rumah tangga punca tentera ditikam isteri

Perbalahan antara pasangan itu dipercayai berpunca daripada masalah rumah tangga.

Sementara itu, anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun kini diserahkan kepada sepupu suspek yang datang dari Sibu untuk dijaga buat sementara waktu. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.