60 peniaga Sarawak di Pasar Borneo Johor tidak terkesan kekurangan pelancong Singapura

Spread the love

JOHOR BAHRU, 6 April : Kumpulan peniaga berasal dari Sarawak di Pasar Borneo, di sini tidak terkesan dengan kekurangan pelancong dari Singapura ketika ini.

Tinjauan TVS mendapati, mereka menjalankan akviti perniagaan seperti biasa kerana masih terdapat pelanggan dari kalangan pengunjung tempatan.

Kumpulan itu mendakwa, ketika ini perniagaan masih baik kerana terdapat peningkatan pengunjung terutamanya rakyat Sarawak yang tinggal di Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan sejak beberapa minggu lalu.

Pasar Borneo di bandar raya ini dibuka tiga hari seminggu iaitu pada setiap Rabu, Sabtu dan Ahad bermula pukul 6 pagi hingga 7 malam.

Malaysia dan Singapura sebelum ini mengumumkan pembukaan semula sempadan darat kedua-dua negara berkuat kuasa 1 April lepas dengan sebahagian besar prosedur operasi standard (SOP) dilonggarkan.

Perkembangan itu dijangka akan menyaksikan berlaku peningkatan aktiviti rentas negara membabitkan rakyat kedua – dua negara namun memasuki hari keenam, aliran trafik tidak menunjukkan peningkatan ketara. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.