Polis sahkan rangka manusia ditemukan di Australia adalah warga Sarawak

Spread the love

KUALA LUMPUR, 5 April : Rangka manusia yang ditemukan dekat Bathurst, New South Wales, Australia pada Ahad lepas disahkan sebagai warga Malaysia yang dipercayai dibunuh lebih daripada setahun lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata hasil semakan mendapati mangsa merupakan lelaki berusia 25 tahun dari Sarawak, yang memasuki Australia pada Nov 2016 menggunakan visa pelancong.

Beliau berkata lelaki itu dipercayai ditawarkan menjadi pekerja ladang oleh satu sindiket warga asing yang disyaki terlibat dengan dadah.

“Siasatan masih diteruskan oleh pihak berkuasa Australia dan sebarang perkembangan siasatan akan dimaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam ini.

PDRM turut menyeru semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi bagi mengelak timbul sebarang kekeliruan kepada masyarakat berhubung kes itu.

Sebelum ini, media Australia melaporkan mayat seorang lelaki yang dikenali sebagai “Jacky” Kai Wong Chong ditemukan pada pukul 3.30 petang 3 April lepas dan polis negara itu percaya lelaki itu dibunuh antara 25 Dis 2020 dan 8 Jan 2021. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.