COVID-19 : 1,697 korban di Sarawak setakat hari ini

Spread the love

KUCHING, 5 April : Kes baharu COVID-19 di Sarawak hari ini menunjukkan sedikit peningkatan apabila sebanyak 406 jangkitan baharu dilaporkan berbanding 328 semalam.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, pertambahan itu sekaligus menjadi kes kumulatif meningkat kepada 300 670 sejak negeri ini dilanda pandemik.

“Daripada jumlah kes baharu, sebanyak 402 kes berada pada kategori satu dan dua manakala hanya empat kes sahaja dalam kategori tiga, empat dan lima,” jelas JPBN menerusi kenyataan media hari ini.

Baca >>>  COVID-19 : 17 daerah sifar kes baharu, Kluster DTI Bekenu 2 tamat

Sementara itu, JPBN turut mengesahkan tiga kes kematian baharu yang melibatkan seorang lelaki berumur 89 tahun yang tidak mempunyai sejarah penyakit yang diketahui dan dua orang perempuan berumur 66 tahun.

Ini menjadikan korban keseluruhan akibat COVID-19 di Sarawak sehingga hari ini seramai 1,697 orang. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.