Anggota tentera maut ditikam isteri

Spread the love

KUCHING, 5 April : Seorang anggota tentera maut dipercayai akibat ditikam oleh isterinya dalam kejadian di Kem Penrissen, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan (DSP) Sudirman Kram berkata, suspek berusia 24 tahun itu menggertak suaminya dengan menggunakan sebilah pisau pemotong sayur ketika mereka bertengkar.

“Supsek dipercayai tertikam paha kiri suaminya yang menyebabkan berlaku pendarahan serius,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Sudirman, mangsa yang berusia 28 tahun dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia.

Katanya, mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak manakala suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut.

“Pisau pemotong sayur dan pakaian suspek ketika kejadian itu turut dirampas bagi membantu siasatan,” katanya.

Pasangan terbabit difahamkan mempunyai seorang anak.

Ujar Sudirman, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.