MIRI , 4 April : Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan sesat dalam hutan berhampiran Kampung Bersepadu Jeng Gallas, Bekenu, dekat sini sejak petang semalam ditemui selamat pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, Pegawai Bomba Tinggi II, Rary Binjie berkata, mangsa, Abdul Rani Lakim, 72, ditemui kira – kira 200 meter dari tempat kali terakhir dia dilihat oleh penduduk kampung.
Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan kehilangan lelaki itu pada pukul 7.32 pagi tadi.
“Sejurus tiba, pasukan bomba terus melakukan usaha pencarian dalam kawasan seluas satu kilometer.
“Lelaki itu ditemui dalam keadaan keletihan di kawasan semak kira – kira pukul 10.20 pagi,”katanya menerusi kenyataan media.
Menurutnya, mangsa kemudian diserahkan kepada ahli keluarganya. -TVS
Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.