Sistem CCS kawal jumlah pengunjung di bazar Ramadan

Spread the love

PETALING JAYA, 4 April : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperkenalkan sistem kawalan pengunjung (CCS) untuk memastikan bazar Ramadan dalam kawasan pentadbirannya tidak mengalami kesesakan.

Datuk Bandarnya, Mohamad Azhan Md Amir berkata, sebagai permulaan, CCS berfungsi di bazar Ramadan Kelana Jaya dan Seksyen 4, Kota Damansara.

“CCS menggunakan sistem infra merah yang memastikan jumlah pelanggan memasuki kawasan tapak bazar tidak melebihi had ditetapkan.

“Sekiranya ia mengesan jumlah pengunjung melebihi had, siren akan berbunyi,”katanya.

Menurutnya, sistem berkenaan digunakan di dua bazar itu kerana rekod MBPJ menunjukkan tapak berkenaan mencatatkan kehadiran pengunjung yang ramai pada tahun lepas.

Mohamad Azhan turut memberitahu, kamera dan sistem sensor akan merekodkan setiap pergerakan pengunjung dan ‘ditayangkan’ pada papan utama di pintu masuk.

Sementara itu, beliau berkata, pada tahun ini, MBPJ telah meluluskan operasi 20 tapak bazar Ramadan membabitkan 611 tapak niaga yang disewakan kepada peniaga. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.