MOTAC buka semula permohonan bantuan kewangan, 4 hingga 15 Apri1 2022

Spread the love

PUTRAJAYA, 4 April : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membuka semula tempoh permohonan Bantuan Kewangan Tahun 2022 untuk pengusaha pelancongan yang tidak berkesempatan berbuat demikian sebelum ini, bermula hari ini (4 April) hingga 15 April.

MOTAC dalam kenyataan hari ini berkata ia telah membuka tempoh permohonan bagi bantuan tersebut dari 1 Mac hingga 15 Mac lepas bagaimanapun didapati ramai pengusaha pelancongan yang belum memohon.

Kerajaan melalui Bajet 2022 mengumumkan pemberian Bantuan Khas Tahun 2022 itu kepada lebih 20,000 pengusaha pelancongan termasuk kepada syarikat pengendali pelancongan (TOBTAB), syarikat Malaysia My Second Home (MM2H) dan spa serta pusat urut kaki yang berdaftar di bawah MOTAC dengan peruntukan sebanyak RM85 juta.

Sehubungan itu, MOTAC menyeru syarikat TOBTAB, MM2H dan spa serta pusat urut kaki yang layak mengambil peluang untuk mengemukakan permohonan secara dalam talian.

Maklumat mengenai Bantuan Kewangan Tahun 2022 termasuklah pautan permohonan boleh didapati di laman sesawang rasmi MOTAC di www.motac.gov.my dan sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada pejabat MOTAC negeri berdekatan.

“Sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tutup permohonan iaitu selepas 15 April 2022 tidak akan dilayan,” menurut MOTAC.-TVS

Tags: #bm, MOTAC

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.