Abang Johari harap operasi bazar Ramadan di Sarawak lancar

Spread the love

KUCHING, 3 April : Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berharap agar perniagaan di tapak bazar Ramadan di seluruh negeri pada tahun ini dapat beroperasi dengan lancar.

Abang Johari berkata, beliau juga mahu semua golongan termasuk peniaga kecil yang terlibat dengan aktiviti perniagaan bazar pada tahun ini mendapat manfaat berikutan keputusan kerajaan membenarkan operasinya selepas dua tahun ‘direhatkan’.

Pesanan Premier Sarawak itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi II Sarawak , Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi yang mewakili beliau pada Majlis Perasmian Bazar Ramadan Majlis Bandar Raya Kuching Selatan 2022 di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahman, Abang Johari juga meminta masyarakat agar sentiasa berwaspada terhadap wabak COVID-19 walaupun negara berada pada peralihan ke fasa endemik ketika ini.

“Kelonggaran yang diberikan ini pastinya membuka ruang kepada peniaga untuk meningkatkan punca pendapatan mereka,”katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Bazar Ramadan MBKS , Kaunselor Abdul Badri Samat berkata, pihaknya memperkenalkan Prosuder Operasi Standard (SOP) yang ketat untuk memastikan kelancaran operasi bazar tersebut.

“Antaranya jumlah gerai dihadkan selain setiap peniaga wajibkan menjalani ujian calitan setiap minggu.

“Kita juga mensyaratkan setiap peniaga sudah mendapat suntikan dos penggalak,”katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.