Warga emas maut dalam nahas motosikal

Spread the love

SIBU, 2 April : Seorang warga emas maut dalam kemalangan sesama motosikal di Jalan Rantau Panjang, dekat sini pagi tadi.

Akibat pertembungan berkenaan, mangsa, Tiong Yong Kii, 74, cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan dari Hospital Sibu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan pada pukul 7.17 pagi itu berlaku apabila mangsa dari arah Teku ke Rantau Panjang.

“Ketika sampai di situ, mangsa yang hendak memasuki simpang ke Ladang Retus telah bertembung dengan sebuah motosikal dari arah bertentangan yang ditunggang oleh seorang pemuda berusia 26 tahun,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut Alexson Naga, pemuda berkenaan pula patah tangan dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

” Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke hospital untuk bedah siasat,”katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.