Sweden mansuh Undang -undang COVID-19

Spread the love

Foto Kedutaan Sweden Kuala Lumpur

STOCKHOLM, 2 April : Parlimen Sweden semalam memansuhkan undang-undang berkaitan COVID-19, berikutan wabak itu tidak lagi menjadi ancaman kepada kesihatan awam dan dikeluarkan daripada kategori penyakit kritikal.

Selain itu, larangan kemasukan bagi warga asing turut ditarik balik, lapor Agensi Anadolu.

Timbalan Ketua Direktorat Kesihatan Awam, Sara Byfors berkata COVID-19 tidak lagi menjejaskan masyarakat akibat perlindungan vaksin, dan sekatan COVID-19 juga telah dimansuhkan pada 9 Feb.

Sweden merekodkan 18,363 kematian berkaitan virus itu dan lebih 2.4 juta kes jangkitan setakat ini.-TVS

Tags: sweden

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.