COVID-19 : Hanya satu korban babitkan warga emas

Spread the love

KUCHING, 2 April : Jangkitan baharu COVID-19 di Sarawak hari ini menunjukkan penurunan kepada 595 kes bagi tempoh 24 jam lepas berbanding 648 sehari sebelumnya.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 591 kes dikelaskan pada kategori satu dan dua manakala selebihnya pada peringkat tiga, empat dan lima.

Sementara itu, JPBN turut memaklumkan seorang wanita berusia 83 tahun di Limbang menjadi korban baharu akibat jangkitan virus berkenaan.

“Mangsa yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis meninggal dunia di hospital daerah berkenaan pada 31 Mac lalu,”jelas JPBN menerusi kenyataan media hari ini.

Kuching masih menjadi daerah paling tinggi melaporkan kes baharu iaitu sebanyak 295 kes manakala lima daerah iaitu Kapit,Selangau,Telang Usan,Song dan Bukit Mabong tidak merekodkan sebarang kes. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.