Wanita penjaga Eric Chang dipenjara enam bulan mengaku bersalah curi mesin basuh dan peti sejuk

Spread the love

KUCHING, 31 Mac : Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan serta denda RM2,000 terhadap Wendy Chai Xue Zhen selepas wanita itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencuri sebuah peti sejuk dan mesin basuh baju hampir empat tahun lepas.

Wendy, 37, didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh didenda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu pada 6 Disember 2019 , kira- kira pukul 11 pagi di City Square Court.

Majistret, Syarifah Fatimah Azura Wan Ali turut menetapkan tambahan hukuman penjara dua bulan sekiranya dia gagal membayar denda.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd. Adzmei Ahmad.

Terdahulu, Wendy bersama pasangannya, Ling Kok Liang ,51, berdepan hukuman mati mandatori selepas berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.