Piala FA : Kuching City FC mara pusingan kedua

Spread the love

KUCHING, 31 Mac : Satu lagi wakil Sarawak, Kuching City FC mara ke pusingan kedua Piala FA 2022 selepas menewaskan UiTM FC 2-0 di Stadium Negeri Petra Jaya sebentar tadi.

Begitupun, anak buah Irfan Bakti Abu Salim terpaksa menunggu hingga separuh masa kedua sebelum memimpin perlawanan.

Gerakan solo pemain gantian, Shafizi Ikmal Khirudin berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-56 untuk memberi gol pendahuluan kepada tuan rumah.

Jaringan itu terus memberi semangat kepada skuad The Cat apabila melakukan serangan bertali arus ke arah kubu pelawat yang dikawal Rodson Rendy Rining.

Berselang lima minit, Kuching City FC menambah jaringan menerusi tandukan Alif Hassan pada minit ke -62.

Keputusan berkenaan kekal hingga wisel penamat sekaligus menyaksikan Kuching City FC mengiringi Sarawak United FC yang terlebih dahulu mara pada 13 Mac lalu selepas membelasah Ultimate FC 7- 0.

Aksi malam ini sepatutnya berlangsung pada 15 Mac lalu namun terpaksa ditangguhkan berikutan beberapa pemain pasukan lawan dijangkiti COVID-19. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.