Enam bazar Ramadan dibuka di Kota Samarahan

Spread the love

KUCHING, 31 Mac : Sebanyak enam bazar Ramadan diberi kelulusan untuk beroperasi di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) sepanjang bulan Ramadan bermula Ahad ini.

Pengerusinya, Dato Peter Minos berkata, pihaknya menjangkakan lebih banyak permohonan akan diterima untuk pembukaan bazar di Asajaya dan Sadong Jaya.

Katanya, enam tapak bazar yang diberi lampu hijau setakat ini membabitkan di Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak Uptown Desa Ilmu, Bazar Kamek Miak Sarawak, Bazar Stakan, RH Park Batu 9, Bazar TTK Mart Asajaya dan Bazar Doraemart di Taman Samarindah Baru.

“Bagi memastikan kesihatan dan keselamatan awam, kebersihan dan pengurusan sisa yang baik di setiap bazar perlu dititikberatkan oleh para peniaga.

“Pihak MPKS gembira dengan penyertaan ramai peniaga dalam pembukaan bazar di Samarahan kerana ia dapat membantu menambah pendapatan peniaga kecil menjelang Hari Raya Aidilfitri kelak,” katanya.

Berhubung program bandar sihat, Peter berkata, MPKS akan turut menganjurkan seminar dan bengkel untuk menjadikan Samarahan sebagai kawasan selamat, bersih dan hijau.

Seminar dan bengkel tersebut akan dianjurkan pada 11 dan 12 April ini yang akan dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.