TERKINI : Ahli Parlimen Sri Aman umum keluar PSB, sokong PN

Spread the love

KUCHING, 30 Mac : Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Masir Anak Kujat mengumumkan beliau keluar Parti Sarawak Bersatu (PSB) berkuat kuasa serta merta.

Menerusi kenyataan media, Masir berkata, keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan penyokongnya di peringkat akar umbi.

Sehubungan itu, beliau turut menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, Masir yang ketika itu mewakili Parti Rakyat Sarawak (PRS) di bawah gabungan Barisan Nasional (BN) menang kerusi berkenaan dengan majoriti 5,820 undi.

Pada 2019, beliau mengumumkan keluar PRS dan menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Berita lanjut menyusul. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.