Sarawak sasar 50 pingat emas SUKMA 2022

Spread the love

KUCHING, 30 Mac : Sarawak menyasarkan sekurang-kurangnya 50 pingat emas pada Sukan Malaysia 2022 Edisi Ke-20 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada bulan September.

Menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Hamzah, Sarawak boleh muncul sebagai juara keseluruhan sekiranya mampu mencapai sasaran tersebut.

“Kalau kita dapat 50 ataupun 55 pingat emas kita boleh menjadi juara keseluruhan, target kita lebih kurang begitu tetapi akan diumumkan kelak,” katanya.

Tambah Abdul Karim, SUKMA 2022 yang akan diadakan di Kuala Lumpur akan mempertandingkan 31 acara sukan bermula 29 September sehingga 8 Oktober.

Bagaimanapun, Sarawak akan menghantar lebih 1,000 atlet termasuk pegawai-pegawai sukan yang terlibat pada temasya sukan tersebut.

Sementara itu, daripada jumlah tersebut, 700-800 adalah atlet yang akan bertanding di pelbagai acara sukan.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.