Raja Permaisuri Agong berkenan hadiri majlis santapan malam di Kuching

Spread the love

KUCHING, 29 Mac : Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menghadiri majlis santapan malam di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak semalam.

Pelbagai persembahan kesenian dan kebudayan masyarakat Sarawak dipersembahkan kepada Raja Permaisuri Agong.

Antaranya ialah seperti tarian keloyok, persembahan gambus dan sape, lagu-lagu rakyat, teater muzikal Dang Esah Tandang Sari, tarian zapin sebat serta persembahan nopeng sebagai persembahan penutup tirai.

Turut tidak ketinggalan adalah persembahan tarian daripada etnik minoriti di Sarawak iaitu etnik Kedayan, Tagal, Kiput, Bisaya Dan Lun Bawang.

Etnik minoriti ini terdapat di Miri, Limbang dan Lawas.

Sementara itu, persembahan nyanyian disampaikan oleh barisan artis tempatan Sarawak seperti Safar Ghafar, Firdaus Materang, Claudia Geres, Gabriel Fairuz Louis, Hijrah Yahya, dan sebagainya.

Hadir mengiringi majlis ialah isteri Premier Sarawak Puan Sri Datuk Amar Juma’Ani Tun Tuanku Bujang, isteri Timbalan Premier Sarawak Datin Amar Doreen Mayang, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat Dato Sri Fatimah Abdullah serta tetamu kenamaan yang lain.

Terdahulu, baginda turut berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Galeri Songket dan Keringkam di Galeri Songket dan Keringkam.

Baginda dijangka akan meneruskan lawatan rasmi pada Selasa dengan melawat bengkel tenunan songket di Kompleks Penjara Puncak Borneo dan Muzium Budaya Borneo.

Raja Permaisuri Agong tiba untuk lawatan rasmi ke Sarawak bermula Isnin dan akan berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada Rabu, 30 Mac ini. – tvs

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.