Sarawak dan Melaka kerjasama promosi produk tempatan

Spread the love

KUCHING, 28 Mac : Sarawak dan Melaka akan terus bekerjasama dalam mempromosikan produk keluaran tempatan selepas menyaksikan sambutan yang menggalakkan menerusi festival Keusahawan Sarawak-Melaka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang berkata, Sarawak bercadang untuk menghantar sepasukan usahawan ke Melaka yang bertujuan untuk mempromosi, memperkenal dan memasarkan produk negeri seperti mana yang dilakukan oleh pasukan Melaka di Sarawak pada festival tersebut.

“Kita ada peluang untuk bekerjasama antara usahawan Melaka dan Sarawak, yang mana Bintulu mempunyai banyak produk tempatan dan kraftangan untuk dipromosikan kepada pelancong di Melaka,

“Begitu juga produk Melaka apabila mereka berkunjung ke Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Festival Keusahawan sarawak-Melaka di Bintulu pada Ahad.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Sarawak, Mohamad Ariffin Abdullah berkata rancangan untuk menghantar usahawan Sarawak ke Melaka tersebut dijangka akan dilakukan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Festival Keusahawan Sarawak-Melaka yang julung kali diadakan, akan memberi impak yang positif apabila terdapat usahawan yang berjaya memperoleh pendapatan lumayan sepanjang festival tiga hari itu berlangsung.

“Saya berharap festival tersebut dapat dijadikan sebagai acara tahunan di Sarawak dengan penglibatan daripada negeri-negeri lain.

“Saya rasa ini adalah permulaan yang baik untuk usahawan bekerjasama dengan Sarawak selain Melaka mahupun negeri-negeri lain untuk program seperti ini,” katanya.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.