COVID-19: Sarawak mencatatkan 470 kes hari ini

Spread the love

KUCHING, 28 Mac: Jumlah jangkitan kes baharu COVID-19 di Sarawak pada Isnin mencatatkan penurunan setelah 470 kes baharu dicatatkan.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, ini menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 295,900 kes.

Daripada jumlah itu, seramai 464 kes pada kategori satu dan dua manakala enam kes dalam kategori tiga, empat dan lima.

Statistik kes mengikut pecahan daerah pula menyaksikan Kuching merekodkan angka tertinggi kes harian iaitu 154 kes, diikuti Miri (65), Sibu (43), Bintulu (38), Kota Samarahan (24), Sarikei (21), Bau (18), Sri Aman (14), Mukah (13), Limbang (11) dan Serian (10).

Dalam pada itu, terdapat dua kes kematian direkodkan.

“Satu kes melibatkan lelaki berumur 37 tahun di Betong pada 23 Mac lalu dan kes mempunyai latar belakang penyakit iaitu kanser manakala satu kes lagi kes iaitu lelaki berumur 54 tahun di Sarikei pada 27 Mac,” tambah JPBN Sarawak. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.