15 sekolah tahfiz terima geran khas naik taraf

Spread the love

KUCHING, 28 Mac : Sebanyak 15 buah sekolah tahfiz di kawasan Petra Jaya menerima geran khas naik taraf dengan jumlah keseluruhan RM225,000.

Geran khas tersebut merupakan peruntukan khas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi menaiktaraf premis sedia ada.

Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof, merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya telah menyerahkan geran tersebut pada program malam cinta Rasul pada Ahad.

“Selain itu, setiap tahfiz akan menerima peruntukan sebanyak 15,000 bagi tujuan menaik taraf tempat mengambil wuduk, membaik pulih tandas, karpet baharu surau, lampu, tempat letak kereta, memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan menaiktaraf sistem siaraya.” katanya

Jumlah geran ini akan disalurkan menerusi setiap jawatankuasa pengurusan sekolah tahfiz dan harus dibelanja dalam tempoh enam bulan beserta laporan lengkap perbelanjaan.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.