PKS disaran adaptasi digitalisasi dalam perniagaan – Alexander Nanta

Spread the love

KUCHING, 27 Mac : Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negara ini disaran untuk mengaplikasi kaedah pendigitalan termasuk transaksi pembayaran secara dalam talian.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, keperluan itu selari dengan trend urusan jual beli ketika ini selain dapat meningkatkan pendapatan peniagaan.

“Kita perlu memperkasakan pendigitalan ini kepada penjaja kecil kerana jika tidak berbuat demikian, mereka berpotensi untuk hilang pelanggan yang lebih cenderung terhadap kaedah tanpa tunai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas hadir sesi rakaman program wawancara terbitan stesen televisyen ini di sini hari ini.

Ditanya tentang langkah kementeriannya mendorong peniaga kecil ke arah itu, Alexander Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata, KPDNHEP sebelum ini telah melaksanakan Inisiatif Peruncitan Digital (ReDI) untuk menyokong perniagaan beralih kepada sistem transaksi dalam talian.

“Sehingga 15 Mac lepas, sejumlah 3,347 peniaga telah terlibat dalam program ReDI dan mengadaptasi digital dalam operasi mereka,”katanya.

Katanya, KPDNHEP menyasarkan seramai 15,000 peniaga kecil di seluruh negara akan beralih kepada keadah digitalisasi yang ditawarkan ReDI menjelang akhir 2025. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.