Lelaki curi dua botol arak ditahan polis

Spread the love

MIRI , 26 Mac: Seorang lelaki berjaya ditahan oleh polis dalam tempoh kurang tiga jam selepas mencuri dua botol minuman keras di sebuah kedai makan di Jalan Hokkien di sini, pada Khamis lepas.

Suspek berusia 26 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Delight, dekat sini oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri pada pukul 8.40 malam. 

Terdahulu, polis menerima laporan yang dibuat oleh pemilik premis tersebut yang mengatakan seorang pelanggan lelaki telah masuk ke kedainya dan mengambil dua botol arak tanpa membuat bayaran.

Pengadu mendakwa dia mengalami kerugian sebanyak RM69.10 akibat kejadian itu. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Hakemal Hawari ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan. – TVS

Tags: arak, curi, Miri

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.