Wanita mengandung patah kaki kereta dinaiki bertembung lori

Spread the love

KANOWIT, 25 Mac : Seorang wanita mengandung patah kaki selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Nibong Tada, dekat sini petang semalam.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibujaya, Pegawai Bomba Kanan 1 Salim Hussain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 4.19 petang.

Katanya, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil dan sebuah lori seberat tiga tan yang bertembung dari arah bertentangan.

“Setibanya di tempat kejadian , Bomba mendapati seorang lelaki dan dua perempuan dalam kereta itu tidak dapat keluar kerana tersepit manakala dua lagi berjaya dikeluarkan oleh orang awam,”katanya ketika dihubungi TVS semalam.

Beliau memberitahu, operasi mengeluarkan mangsa dilakukan menggunakan peralatan khas dan kesemua berjaya diselamatkan.

Difahamkan kemalangan itu berlaku ketika cuaca hujan dan keadaan permukaan jalan yang licin. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.