Penunggang wanita ‘lompat’ daripada motosikal elak digilis

Spread the love

Kredit gambar: Media sosial

SIBU, 25 Mac : Seorang penunggang motosikal wanita berdepan detik cemas apabila nyaris digilis oleh sebuah pacuan empat roda dalam kemalangan di Jalan Tong Sang di sini, petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Dr Collin Babat berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 3.00 petang.

Katanya, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki berusia 41 tahun manakala motosikal itu ditunggang seorang wanita berusia 54 tahun.

“Kereta itu keluar dari persimpangan jalan menuju ke Jalan Bukit Assek manakala motosikal itu sedang bergerak dari Jalan Tong Sang ke arah pusat bandar.

“Setibanya di simpang itu, berlaku pertembungan membabitkan kedua- dua kenderaan berkenaan namun wanita itu sempat melompat daripada motosikalnya,” katanya ketika dihubungi TVS semalam.

Akibat kejadian itu, Collin memberitahu, wanita berkenaan mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Sibu.

Katanya, kertas siasatan masih belum dibuka sehingga laporan dibuat oleh wanita berkenaan.

Semalam, video berdurasi 20 saat kejadian itu tular dan mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial yang bimbang dengan nasib penunggang motosikal yang terlibat dalam kejadian itu. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.