Polis Marin Wilayah 5 rampas 200 batang kayu bakau

Spread the love

SARIKEI, 23 Mac: Sebanyak 200 batang kayu bakau yang tidak mempunyai cop Jabatan Hutan dirampas dalam satu serbuan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5, semalam.

Komander PPM Wilayah 5, Asisten Komisioner Zulfikar Mohd. Ghazali berkata, kesemua kayu bakau pelbagai saiz itu dilonggokkan di Ulu Sungai Belawai.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan berkenaan dianggarkan mencecah RM82,250.

“Ketika pasukan serbuan sampai di lokasi, tidak ada jentolak dan pekerja di situ,” katanya menerusi kenyataan media.

Beliau memberitahu, pihak yang terlibat dengan aktiviti itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak 2015.

“Laporan polis juga sudah dibuat, kes akan diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarikei untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.