Sarawak terima pelaburan perubatan RM1 bilion dari Amerika Syarikat

Spread the love

BINTULU, 23 Mac : Sarawak menerima pelaburan baharu mencecah RM1 bilion di Tanjung Kidurong dari sebuah syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, fasa pertama projek berkenaan akan melibatkan pembinaan hab pengeluaran barangan perubatan dengan kos sebanyak RM200 juta.

” Selepas itu, syarikat berkenaan akan melaksanakan pelaburan fasa kedua melibatkan kos RM800 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Loji Metanol Sarawak di Tanjung Kidurong di sini semalam.

Ujar Abang Johari, tujuan lawatan beliau adalah untuk meninjau dan membuat perancangan teliti berhubung pelaburan berkenaan.

” Perancangan ini melibatkan sudut kawasan tanah dan kemudahan perumahan untuk para pekerja,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, pertimbangan juga membabitkan penyediaan infrastruktur jalan raya yang lebih selesa di kawasan itu bagi melonjakkan lagi potensi pelaburan di situ.

Sementara itu, beliau memberitahu, pada tahun hadapan, satu lagi loji hidrogen akan dibangunkan di kawasan berkenaan. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.