Maritim Malaysia tahan dua bot tunda

Spread the love

Miri, 22 Mac: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri menahan dua bot tunda dan dua tongkang pada jarak sekitar 3.6 batu nautika barat Tanjung Lobang, Miri pada pukul 8.00 malam tadi.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Mohd. Shafie Paing berkata, penahanan dibuat berikutan kegagalan operator mengemukakan sebarang dokumen berkaitan semasa diperiksa.

“Bot tunda pertama berserta tongkang dikendalikan oleh empat kru termasuk nakhoda warga tempatan yang kesemuanya berumur dalam lingkungan 24 hingga 67 tahun.

“Bot tunda kedua berserta tongkang pula dikendalikan tujuh kru termasuk nakhoda yang terdiri daripada lima warga tempatan, seorang warga Indonesia dan seorang warga Myanmar, berumur dalam lingkungan 24 hingga 56 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/60 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.