Anwar Ibrahim, Kit Siang positif COVID-19

Spread the love

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan positif COVID-19 hasil ujian Rt-PCR yang dijalankan di Parlimen hari ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Sulit kepada Ketua Pembangkang Shukri Saad.

“Datuk Seri Anwar akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari mengikut protokol kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. 

Menerusi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, semua Ahli Parlimen serta pegawai bertugas diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19 berkala pada setiap Isnin dan Rabu sepanjang tempoh persidangan bagi mengawal penularan COVID-19.

Terdahulu, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang turut mengesahkan beliau positif virus berkenaan. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.