Kes COVID-19 Sarawak terus menunjukkan penurunan

Spread the love

KUCHING, 21 Mac : Sarawak merekodkan penurunan kes baharu COVID-19 sebanyak 813 kes hari ini berbanding 852 kes yang direkodkan semalam.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, daripada keseluruhan jumlah kes yang dilaporkan, sebanyak 805 kes dalam kategori satu dan dua, manakala lapan kes kategori tiga, empat dan lima.

Jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sarawak bertambah kepada 288,660 kes sejak dilanda pandemik di negeri ini.

Daerah Kuching masih mencatatkan kes baharu COVID-19 yang tertinggi dengan (277) kes direkodkan diikuti Miri (128) kes dan Bintulu (72) kes.

Sementara itu, tiga kematian direkodkan hari ini melibatkan kesemuanya perempuan yang mempunyai latar belakang penyakit kronik.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.