25 kilang IKS sertai program Solve 4 SME

Spread the love

KUCHING, 21 Mac : Sebanyak 25 buah kilang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Sarawak menyertai program bimbingan percuma yang dianjurkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sarawak.

Pengarah JKKP, Ir Dr Nor Halim berkata, program tersebut bertujuan untuk meningkatkan pematuhan terhadap perundangan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Sebanyak 25 buah kilang industri kecil dan sederhana (IKS) di Sarawak menyertai Program Stepwise OSH Level Verification and Enhancement for Small and Medium Enterprise (Solve 4 SME).

“Program Solve 4 SME yang bermula Isnin dibuat khusus bagi membantu pengusaha susulan pandemik COVID-19.

“Program ini telah dirangka supaya mudah dilaksanakan secara praktikal dan tidak membebankan pengusaha IKS terutama mereka yang terjejas pendapatan akibat penularan wabak COVID-19, program ini juga diberikan secara percuma kepada peserta,” katanya.

Sementara itu, program tersebut diperkenalkan selaras dengan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021 sehingga 2025 dan projek embangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.