COVID-19 : Sarawak rekod tiga kematian dan satu kluster baharu di Bau

Spread the love

KUCHING, 19 Mac: Sarawak merekodkan sebanyak 1,177 kes jangkitan baharu COVID-19 hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes kumulatif meningkat kepada 286,995 kes.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, terdapat tiga kes kematian dilaporkan iaitu membabitkan dua wanita dan seorang lelaki.

” Ketiga-tiga kes tersebut merupakan warga emas yang telah meninggal dunia pada 17 Mac 2022.

Kesemua mangsa juga mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan buah pinggang,” jelas JPBN menerusi kenyataan media.

Sementara itu, JPBN turut mengesan kemunculan satu kluster baharu iaitu Kluster Jalan Taiton di Bau.

“Kluster ini merupakan sebuah kluster institusi yang melibatkan pelatih, fasilitator dan kakitangan sebuah akademi latihan kerajaan.

Hasil saringan sebanyak 139 mendapati 75 positif,” jelas JPBN.

Sementara itu, statistik kes mengikut daerah pula menyaksikan Kuching masih mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 414 kes, diikuti Bintulu 126 kes, Bau 112 kes dan Miri 110 kes. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.