TERKINI: Kerajaan setuju pengeluaran khas KWSP RM10,000

Spread the love

PUTRAJAYA, 16 Mac: Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas berjumlah RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman berkenaan.

“Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP,” katanya menerusi sidang media khas yang disiarkan secara langsung sebentar tadi.

Berita lanjut menyusul. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.