Operasi hari keempat fokus pesisir pantai Muara Tebas

Spread the love

KUCHING, Mac 16: Operasi hari keempat mencari Eric Chang Wei Jie yang dilaporkan hilang akan menumpukan kawasan sekitar persisir pantai Muara Tebas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya, Timbalan Pegawai , Mohamad Meramit berkata, operasi disambung pada pukul 9.30 pagi tadi.

“Kawasan pencarian meliputi sekitar persisir pantai iaitu 400 hingga 500 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB),” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, operasi turut disertai dua orang anggota Unit Pengesan K9 , Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Malaysia.

Semalam, operasi turut melibatkan unit anjing pengesan K-9 dan unit dron udara namun tidak menemukan sebarang petunjuk baharu.

Sebelum ini, Eric Chang yang berusia empat tahun dilaporkan hilang pada 7 Mac lalu di rumah pengasuhnya di Taman Riverview, Bintawa dan laporan dibuat oleh keluarganya pada hari sama.

Susulan itu, polis menahan empat individu iaitu pasangan penjaga serta ibu dan ayah Eric.

Kes sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak – Kanak 2001 namun pada Ahad lepas, polis memaklumkan kertas siasatan diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.