Lebih 60 rumah tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di utara Peru

Spread the love

PERU, 16 Mac : Sebahagian daripada bukit di utara Peru yang susur telah mengakibatkan lebih 60 rumah tertimbus pada Selasa lepas.

Menurut gabenor wilayah La Libertad, Manuel Llempen, antara 60 hingga 80 rumah telah terjejas akibat tanah runtuh.

“Ramai orang turut terperangkap,” katanya lagi.

Tiada kematian dilaporkan setakat tengah hari semalam.

Sementara itu, skuad penyelamat masih berada di tempat kejadian bagi operasi pencarian mangsa, menurut media tempatan. 

Video yang tular dalam media sosial menunjukkan keseluruhan bangunan pangsapuri yang tertimbus di bawah runtuhan tanah. 

Runtuhan berlaku di kawasan kediaman pekerja lombong yang tidak selamat bagi pembinaan rumah. 

Peru mempunyai kadar pembinaan rumah tanpa kelulusan yang tinggi dengan rumah yang sering dibina di pinggir sungai atau di tepi bukit yang terdedah kepada kejadian tanah runtuh. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.